Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 BUKIT BERUNTUNG, 11 DISEMBER 2014 - Sambutan menggalakkan dari remaja setempat menjadikan Program Bakat Remaja Gaya Hidup Rakan Muda Hulu Selangor 2014 yang julung kali diadakan di Taman Bunga Raya. Antara objektif program ini adalah memperkasakan aktiviti gaya Hidup Rakan Muda mengikut citarasa dan kehendak semasa untuk menggalakkan penyertaan golongan remaja, membina pembangunan minda, fizikal dan sahsiah remaja.

 

     Program ini terbuka kepada golongan muda tanpa mengira bangsa, jantina, ideology lokasi taraf hidup dan sebagainya. Pelbagai aktiviti yang dianjurkan dan telah menarik minat remaja untuk menyertainya. Ini juga memberikan impak yang positif kepada setiap aktiviti yang di laksanakan dengan mendapat komitmen sepenuhnya dari golongan remaja.

 

     Program anjuran bersama Kelab Sukan Komuniti  & Rekreasi Parlimen Hulu Selangor (SRCC), Kelab Belia Emas Perdana Bukit Sentosa (PRIMGO) dan Persatuan Peniaga & Penjaja Taman Bunga Raya Bukit Beruntung telah berjaya menjadi platform dan wadah rermaja setempat untuk menonjolkan semangat dan kesukarelaan dalam melaksanakan dan menjayakan setiap aktiviti. Turut hadir memeriahkan suasana program ini adalah Penolong Pengarah bahagian Pembangunan Rakan Muda JBS Selangor, Encik Azrul Hafiz bin Mohamad serta Pengerusi SRCC Parlimen Hulu Selangor.

 

Disediakan oleh : Mohd Syazwan Bin Abdul Rahman (PBSD Hulu Selangor)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable