SALAK TINGGI,11 OKTOBER 2014 –Pertandingan Sepak Takraw  Liga Sukan Untuk Semua  yang telah berlangsung melibatkan penyertaan sebanyak 14 regu dari seluruh Daerah Sepang.

Melalui liga seperti ini,secara tidak lansung dapat mendedahkan bakat baru dan mungkin dapat memartabatkan sukan tanah air terutamanya sepak takraw.

Pertandingan  ini menyaksikan regu Setia Jaya ditabalkan sebagai johan manakala regu KLIA B, naib johan. Pertandingan ini telah berlangsung di Kampung Labohan Dagang, Dengkil.

Johan pertandingan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM800, naib johan RM500 dan 2 tempat ketiga, RM250. Johan dan Naib Johan bagi Liga Sukan Untuk Semua peringkat daerah akan mewakili daerah Sepang ke kejohanan Liga Sukan Untuk Semua di peringkat negeri nanti.

Sepak Takraw adalah sukan yang paling dekat di hati rakyat Malaysia dan sukan ini bakal menjadi fenomena untuk semua rakyat khasnya lelaki , untuk melibatkan diri secara lebih mendalam.

 

 

Oleh : Nurshafira Hamzah (PBSD Sepang)

FaLang translation system by Faboba
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable