Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

DENGKIL-6 DISEMBER 2014.  Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sepang dengan kerjasama Majlis Belia Selangor Daerah Sepang, Kelab Beliawanis Sri Sepang, Persatuan Belia Bukit Changgang, peserta program MyCamp Daerah Hulu Langat serta belia Daerah Sepang telah menjalankan program gotong royong di rumah magsa banjir disekitar Daerah Sepang. Setiap rumah yang terlibat telah diagihkan bantuan beras dan beberapa keperluan asas yang lain.

Sumbangan berkenaan dilakukan menerusi Program Bakti Nurani yang mana peruntukan bantuan telah disalurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor. Pada program tersebut, ADUN Dengkil, YB Tuan Shahrum Bin Dato’ Mohd Shariff telah hadir bagi menyampaikan bantuan dan turut serta dalam aktiviti gotong royong di Projek Perumahan Rakyat Termiskin, Dengkil, Kg. Orang Asli Labohan Dagang dan Bukit Changgang. Para belia yang terlibat dalam program ini rata-rata berharap agar program seumpama ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

 

Disediakan Oleh : Nurshafira binti hamzah (PBSD Sepang)

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable