Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

SHAH ALAM, 13 OKTOBER 2014 – Satu Sesi Ramah mesra dan pengenalan bagi Calon Ahli Parlimen Belia Negeri Selangor telah diadakan malam tadi di Bilik Mesyuarat UMNO, Bangunan UMNO Selangor dengan dihadiri oleh seramai 19 orang calon Ahli Parlimen Belia Selangor.

     Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor merangkap Ahli Parlimen Tanjung Karang, YB Dato Seri Noh Omar telah hadir untuk memberikan amanat kepada 19 orang calon Ahli Parlimen Belia Selangor yang hadir. Beliau juga mengatakan akan memberikan sepenuh sokongan kepada calon-calon tersebut dan berharap kesemua 19 orang calon tersebut menang dan menjadi APBM Negeri Selangor. 

     Calon Ahli Parlimen Negeri Selangor adalah seramai 66 orang dan kuota APBM Negeri Selangor adalah seramai 25 orang sahaja. Sesi ini juga turut dihadiri oleh Presiden Majlis Belia Selangor, YB Dato’ Hj. Irmohizam b. Hj. Ibrahim, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Tn. Hj. Makhruzi bin Hj. Iksan dan juga barisan Exco MBS serta semua Pengerusi Majlis Belia Daerah.  

 

 

Disediakan oleh : Mohd Khairi Shah bin Mohd Ariffin

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

MAKLUMAN TERKINI

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

 

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable