Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

SHAH ALAM, 27 OKTOBER 2014 – Pada 24 hingga 26 Oktober 2014, telah berlangsungnya Pameran Jom Kahwin berkonsepkan Rekaan Kreatif 1920-an anjuran Terrajuta dan Shah Alam Convention Centre (SACC). Berikutan daripada pameran tersebut, dua rakan kongsi Program 3K Belia Bestari 2014 iaitu Academy the Photolicious dan SBXS Photography telah mengambil peluang untuk turut menjayakan pameran tersebut.

Dalam pada masa yang sama, Team JBS Selangor sempat melawat ke booth pameran rakan kongsi tersebut yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Belia, Encik Nor Azli bin Mohamad Daud untuk memberi sokongan sekaligus melihat peningkatan prestasi serta potensi peserta 3K belia Bestari Tahun 2014.

Menurut Pengetua Academy The Photolicious, Puan Kamalia binti Kamal, peserta secara amnya sangat berbakat dalam kursus yang diceburi tetapi perlu digilap lebih lagi di dalam selok belok pemasaran dan pengiklanan dalam erti mempromosi diri dan meningkatkan hasil jualan yang mana skill inilah yang menentukan kejayaan sesebuah perniagaan. Manakala Pengurus SBXS Photography, Encik Mohd Saiful bin Mohd Radzuan memaklumkan, program 3K Belia Bestari anjuran Kementerian Belia dan Sukan banyak memberi peluang kepada peserta dan juga majikan dalam meningkatkan potensi diri dalam dunia usahawan.

Disediakan Oleh : Noor Azrina Binti Aliman

(Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable