Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

KLANG, MEI 2014 – Program Trio Impian KBS-MBR Peringkat Zon Tengah 2014 telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari 2 malam. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Kelab Masyarakat Bolarotan Bukit Bintang. Program ini disertai oleh 42 orang dari negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Negeri Sembilan.

 

Program ini merupakan program berbentuk klinik latihan dan juga pencarian bakat baru dalam sukan sepak takraw di peringkat zon tengah. Kumpulan sasaran bagi program ini dikhususkan kepada remaja lelaki berumur 9 hingga 15 tahun sahaja. Program ini juga merupakan satu usaha anjakan paradigm oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi mermartabatkan sukan sepak takraw ini ke peringkat antarabnagsa.

 

Majlis Penutup bagi program ini telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Makhruzi bin Haji Iksan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.

 

Oleh : Norsuzila Ernie binti Zinudin  ( Unit Kemajuan Sukan )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Disunting oleh: Suhaila binti Noordin (Unit Sukan)

 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable