Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 

 

Oleh : Normiza Binti Kadar Maidin  ( PBSD Klang )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

KAPAR, 15 FEBRUARI 2014 – Seramai 50 pasukan yang terdiri daripada para belia yang berumur diantara 10 tahun hingga 16 tahun telah menyertai pertandingan Street Soccer D’Liga 2014 bersama Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) Taman Sri Andalas Klang dan Persatuan Sukan dan Rekreasi Al- Solehah, Klang.

Program yang bertujuan untuk menanam minat kanak-kanak dan remaja melakukan aktiviti yang sihat dan bebas dari gejala negatif ini telah dilaksanakan di Kompleks Rakan Muda daerah Klang, Selangor pada 15 Februari 2014 yang lalu.

Menurut Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang, Encik Azrul Hafiz bin Mohamad, Kompleks Rakan Muda Klang kini menjadi tempat pilihan masyarakat awam khasnya para belia dalam penganjuran aktiviti – aktiviti kemasyarakatan termasuk program belia dan sukan.   Kebanyakkan objektif program-program yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengurangkan budaya melepak, memupuk semangat kerjasama dalam berpasukan, meningkatkan keyakinan diri serta dapat membina jati diri melalui platform bersama agensi-agensi awam dan Ngo’s.

 Disunting oleh : Syazwani Binti Mohd Kasim

 

 

 

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable