Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

     SUNGAI BESAR, 28 SEPTEMBER 2014 -  Bertempat di Homestay Sri Kayangan, Sungai Besar Selangor telah berlangsung Program Rakan Muda wawasan Desa IPT Siri 2/2014  anjuran bersama Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan Sekretariat Rakan Muda IPT Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Program yang telah berlangsung pada 25 hingga 28 September 2014 ini telah berjaya menarik minat seramai 40 orang peserta. Tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk memupuk nilai kepimpinan di kalangan generasi muda intelek IPT terutamanya didalam membantu kerajaan mengukuh dan membangunkan jalinan integrasi yang erat di kalangan komuniti setempat.Program ini juga bertujuan untuk menggerakan tenaga muda mahasiswa sebagai pemangkin kepada perubahan sosial belia didalam komuniti desa dan luar Bandar khususnya dibidang ekonomi,social dan politik berasaskan ilmu pengetahuan menerusi mahasiswa IPT.

Pejabat Belia dan Sukan Negeri Selangor mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan program ini.

Majlis penutup Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT Siri 2/2014 telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor,En. Nor Azli Bin Mohd Daud.

Disediakan oleh : Mohd Zaaba Bin Ponrahono

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable