Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

KLANG -  25 JULAI 2014.   Program Rakan Muda Ramadhan (Tadarus Al-Quran, Sembahyang Tarawikh dan Witir) Daerah Klang 2014 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Klang, Persatuan Belia Pulau Indah, Persatuan Belia Setiakawan, Maahad Tahfiz Istiqomatuddin telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada 420 orang belia tempatan.

Program yang bertujuan untuk melahirkan remaja yang matang dalam menghayati nilai-nilai Islam serta dapat memberikan sumbangan kepada transformasi serta pembangunan masyarakat dan negara telah diisi dengan pelbagai program islamik seperti tadarus al-quran, solat tarawikh, dan witir disamping program kacau bubur lambuk dan pelbagai lagi.   Sebanyak 10 masjid dan surau yang telah terpilih sebagai lokasi program antaranya Surau Al-Mubarak Pulau Indah, Masjid Sultan Abdul Aziz Pulau Indah, Surau Al-Iman Kapar, Surau Sementa, Surau Al-Faizin, Surau Darus Syakirin, Surau Sekolah Menegah Meru dan Kapar, Surau Jamiah Klang dan Masjid Nurul Jannah Meru.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh En. Azrul Hafiz Bin Mohamad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang, dengan dihadiri Puan Nor Asiah Bt Ab. Aziz selaku Pembantu Belia dan Sukan Daerah Klang.   Dalam ucapannya, beliau mengatakan program berbentuk kerohanian telah dapat melahirkan generasi yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama dan membentuk semangat cintakan Islam di dalam diri belia.   Disamping itu, beliau merakamkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada pihak sekolah dan persatuan yang sama-sama membantu menjayakan program sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Oleh : Normiza Binti Kadar Maidin  ( PBSD Klang )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable