Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

KUALA SELANGOR - 28 Mei 2014. Program Rakan Muda Mycamp Daerah Kuala Selangor 2014 telah diadakan di Taman Alam, Kuala Selangor pada 28 Mei – 1 Jun 2014.   Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Selangor. Program ini lebih menjurus kepada kesukarelaan, kepimpinan belia dan semangat patriotik dikalangan belia. Pelbagai aktiviti telah dijalankan diantaranya ialah khidmat sosial, asas penyelamat, ikhtiar hidup, asas kesukarelaan dan lain-lain. Seramai 40 orang peserta telah terlibat dalam menjayakan program ini.

 

Perasmian Rakan Muda Mycamp Daerah Kuala Selangor 2014 telah disempurnakan oleh En. Darul Aman bin Mohamad Yusub selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Selangor.   Objektif program ini adalah bertujuan untuk melahirkan penggerak pembangunan belia yang mempunyai kemahiran kepimpinan  asas, penerapan jati diri, kesukarelaan dan semangat patriotism yang tinggi disamping memberikan pendedahan kepada peserta dalam persekitaran pembelajaran dan suasana sebenar yang bakal menyerlahkan kepimpinan diri dalam setiap peserta.

 

Disediakan Oleh : Mohd Amirul Hafiz bin Arshad (PBSD K.SELANGOR)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable