Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

KLANG, 13 DISEMBER 2014 – Himpunan ribuan remaja di Karnival Remaja Rakan Muda Daerah Klang 2014 bertempat di Aeon Bukit Raja, Bandar Baru Klang telah membuktikan bahawa program-program Rakan Muda masih relevan sehingga kini.

            Karnival yang dijalankan amat bersesuaian dengan musim cuti sekolah dan telah disusun dengan pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk menarik golongan muda terutamanya yang berumur diantara 15-25 tahun. Antara aktivitinya adalah pertandingan 3 on 3 bola jaring, mari mencuba paintball, parkour, Rakan Muda Battlefield PC Games And Playstation 3, persembahan kompang dan yoyo, pertandingan Tamiya, persembahan akustik, kaunter semakan dan pendaftaran BRIM, SPR, Sukarelawan Daerah Klang serta gerai jualan.        

Kerjasama yang erat diantara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang bersama Majlis Belia Daerah Klang bersama Sukarelawan Daerah Klang telah menjayakan karnival yang dijalankan. Karnival turut dimeriahkan dengan kehadiran En. Mohd Haizee Bin Salleh, Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Klang selaku perasmi dan En. Mohd Hairudin Bin Mohd Nor, Pengurus Kompleks Rakan Muda Daerah Klang.

Oleh : Normiza Binti Kadar Maidin  ( PBSD Klang )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

 

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable