KANCHONG DARAT, BANTING, 10 Mei 2014 – Kuala Langat telah menjadi pilihan pelaksanaan Program Rakan Muda @Kasih Komuniti Peringkat Negeri Selangor pada 10 Mei 2014 yang lalu. Program ini telah dilaksanakan di Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, Kg Kanchong Darat, Banting, Selangor. Seramai 41 orang sukarelawan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Pingat Gangsa Kuala Langat telah terlibat dalam kerja-kerja kemasyarakatan di rumah anak-anak yatim tersebut.

 

Antara aktiviti yang dilakukan oleh para sukakarelawan sempena program ini adalah gotong royong membersihkan rumah anak-anak yatim, memasak dan menyediakan makan tengahari, membersihkan kawasan persekitaran dan seterusnya beberapa aktiviti bersama anak-anak yatim. 

 

Difahamkan anak-anak yatim dan asnaf di rumah ini berumur dari 3 bulan hingga 18 tahun dan memerlukan perhatian masyarakat secara berterusan. Dengan adanya program-program seperti ini dapat meringankan sedikit bebanan pihak pengurusan disamping dapat berkongsi kegembiraan bersama anak-anak yatim di sini. Selain itu, ia juga mampu menyedarkan para sukarelwaan yang terlibat bertapa beruntungnya mereka kerana masih mempunyai keluarga.

 

Pada program tersebut Puan Norazreen Binti Sulaiman, Penolong Pengarah, Bahagian Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor turut meluangkan masa melayani kerenah anak-anak yatim selepas menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penyampaian Sijil serta Cenderahati kepada para peserta ARPRM Kuala Langat dan pengurusan rumah anak-anak yatim ini. 

 

Disediakan Oleh: Mastijah Binti Insuin (PBSD Kuala Langat) 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

FaLang translation system by Faboba
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable