Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

JBSN SELANGOR TURUN PADANG TEMU PEMINJAM TABUNG KUMPULAN WANG AMANAH PEMMBANGUNAN BELIA

Oleh : Noor Azrina Aliman  ( JBSN Selangor )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

SHAH ALAM, 5 FEBRUARI 2014 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Haji Makhruzi Haji Iksan bersama Pegawai Ekonomi, Azrina Aliman serta dan dua orang Pegawai Belia dan Sukan Daerah Petaling, Nadzri  Khairuddin dan Faizul Rizal Mat Saat telah mengadakan sesi turun padang serta bertemu peminjam wang Tabung Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Belia (TKWAPEB), Sofi  Ahmad bagi meninjau perkembangan perniagaan yang diusahakannya itu.

 

Sofi, 50, yang berasal daripada Selangor mula berniaga dengan membuka kedai jahitan seluar jeans dengan jumlah pinjaman sebanyak RM 25 ribu dari TKWAPEB pada tahun 1992 lalu.

 

Persetujuan bersama telah dicapai dengan mengenal pasti masalah serta mengambil pertimbangan hasil jualan sejak akhir-akhir ini disamping mengadakan lawatan susulan dengan tujuan memantau pembayaran yang lebih konsisten untuk membantu beliau dalam menguruskan tunggakkan ansuran bulanan TKWAPEB dan pada masa yang sama Jabatan mewujudkan hubungan yang berterusan dengan peminjam-peminjam.

 

JBSN Selangor merangka beberapa program turun padang tahun ini untuk bertemu sendiri belia-belia yang mendapat pembiayaan TKWAPEB di seluruh negeri itu bagi meninjau perkembangan projek yang diusahakan mereka melalui pinjaman yang diperuntukkan.

 

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable