Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

PETALING - 16 JULAI 2014.  Pejabat Belia dan Sukan Daerah Petaling dengan kerjasama SMK Taman Sri Muda dan IPD Shah Alam telah menganjurkan program ini  bertempat di SMK Taman Sri Muda.   Program  ini disertai seramai 150 orang pelajar daripada sekolah tersebut.  Objektif  program ini ialah untuk memberi kesedaran pendidikan dan informasi berguna kepada pelajar terutamanya  keburukan apabila terlibat di dalam kes - kes  jenayah. 

Ceramah disampaikan oleh S.I Tuan Abas Bin Abdul Jalil Timbalan Ketua Balai Polis Taman Sri Muda seterusnya menjadikan hubungan di antara PDRM dan Sekolah Taman Sri Muda bertambah erat didalam usaha untuk mencegah kegiatan gangsterisme di kalangan pelajar sekolah dengan harapan dapat mengurangkan indeks jenayah di Taman sri Muda pada masa hadapan.

Disediakan Oleh : Faizul Rizal Bin Mat Saat (PBSD Petaling)

 

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable