Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

GOMBAK, 18 Mei 2014- Program Pencegahan Jenayah- Blackspot ( NKRA ) Daerah Gombak 2014 telah diadakan pada 17 hingga 18 Mei 2014 selama dua hari di Dewan Mutiara Budi, Sekolah Menegah Kebangsaan Selayang Baru, Batu Caves, Selangor. Program ini dirasmikan oleh Tuan Haji Makhruzi bin Haji Ikhsan selaku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.

 

Program yang melibatkan 58 orang peserta terdiri daripada Kelab Pencegahan Jenayah SMK Selayang Baru, Persatuan Kadet Polis SMK Selayang Baru, Kelab Muay Thai Naga Api serta NGO sekitar Daerah Gombak. Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada PIBG SMK Selayang Baru terutamanya serta Persatuan Muay Thai Negeri Selangor yang diketuai oleh En Azman bin Abdul dan Ibu Pejabat polis Daerah Gombak.

 

Objektif program ini adalah untuk menggalakkan penglibatan belia remaja dalam usaha pencegahan jenayah melalui aktiviti yang berfaedah bersama- sama anggota sukarelawan di kawasan setempat. Beberapa pengisian program tersebut adalah Ceramah Pencegahan Jenayah dan Rondaan bersama Unit Rondaan Bermotor, Muay Thai Work Shop, Senam Seni 1 Malaysia bersama dengan Peserta Tahap Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Daerah Gombak iaitu Mohd Ikhsan bin Abdul Wahab.

 

Majlis Perasmian Penutup yang menyaksikan Persembahan Wai Kru oleh World Muay Thai Kid 30kg hingga 33 kg iaitu Muhammad Azizul bin Azman dan Muay Thai Junior 25kg hingga 30kg iaitu Muhammad Azrizal Azizul bin Azman yang memenangi di WMA Mauy6 Thai World Championship Langkawi 2014.

 

Selain itu, Unit Rakan Muda Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak dengan berbesar hati telah menyumbangkan sumbangan beras dan juga makan minum selama dua hari berturut- turut di Rumah Amal dan Anak Yatim Al- Nasuha yang terletak di Batu Caves, Selangor.

 

 

 

Disediakan oleh: Nul Widaya binti Mohamed Nawi (PBSD Gombak)

 

 

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable