Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 

HULU SELANGOR – 6 Jun 2014 . Program Rakan Muda My Camp Daerah Hulu Selangor 2014 telah berjaya dilaksanakan bertempat di Kem Bina Semangat Ampang Pechah Kuala Kubu Bharu pada 2 hingga 6 Jun 2014. Program dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Selangor telah dibantu oleh Team Kejurulatihan yang dipimpin oleh Encik Zuraimi Bin Ali dari Persatuan Jurulatih Rekreasi Kebangsaan Malaysia. 

 

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari warga belia setempat dengan disertai seramai 49 orang peserta, merangkumi tiga etnik kaum majoriti di Malaysia iaitu melayu, cina dan india. Program ini lebih menjuruskan kepada semangat berpasukan,kerja lapangan, kesukarelaan, kepimpinan dan semangat patriotik dikalangan peserta. 

 

Pelbagai aktiviti telah dijalankan diantaranya ialah ice breaking, asas kesukarelawan, gotong royong khidmat masyarakat dilapangan bertempat di Kampung Sungai Buaya bersama masyarakat setempat, kraf perkhemahan, asas menyelamat dibantu oleh SMART Team, ikhtiar hidup di dalam hutan, serta kepimpinan di dalam pasukan dan lain-lain. 

Perasmian Rakan Muda My Camp Daerah Hulu Selangor 2014 telah disempurnakan oleh Encik Nur Azhan Bin Amir selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Selangor.   Objektif program ini adalah bertujuan untuk melahirkan penggerak pembangunan belia yang mempunyai kemahiran kepimpinan  asas, penerapan nilai jati diri, kesukarelaan dan semangat patriotism yang tinggi disamping memberikan pendedahan kepada peserta dalam persekitaran pembelajaran dan suasana sebenar yang bakal menyerlahkan kepimpinan peserta program. 

 

Disediakan Oleh : Mohd Syazwan Bin Abdul Rahman

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable