Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

BANTING, 15 JUN 2014 – Program Latihan Kemahiran Tidak Formal (LKTF) Daerah Kuala Langat telah dilaksanakan selama 8 sesi (4 minggu) yang bermula pada 24 Mei hingga 15 Jun 2014,  program ini dilaksanakan dengan kerjasama UMI Kitchen serta melibatkan seramai 35 orang peserta.  

 

Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan luar biasa dengan kehadiran penuh para peserta pada setiap sesi pembelajaran. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehan belia dalam bidang kemahiran dengan menyediakan peluang latihan kemahiran jangka pendek kepada belia-belia lepasan sekolah dan suri rumah.  

 

 

Apa yang menarik berkaitan keberkesanan program LKTF ini, sebahagian besar dari peserta mampu membuat aneka kek dan roti dan ada segelintir peserta yang sudah mampu menjual secara online produk mereka hasil pembelajaran mereka semasa dalam program LKTF.

 

Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil program ini telah dilaksanakan pada 15 Jun 2014, Jam 12.30 tengahari yang disempurnakan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat, Puan Zuraidah Yusoff. Turut hadir sama pada majlis berkenaan ialah Puan Zuramaslina Binti Zulkarnain selaku Pemilik UMI Kitchen dan tenaga pengajar program ini.

  

Sebahagian besar peserta merayu agar pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melaksanakan program ini secara berterusan untuk menggalakkan pembangunan ekonomi belia-belia setempat terutamanya suri rumah. 

 

 

Disediakan Oleh: Mastijah Binti Insuin (PBSD Kuala Langat)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  

Disunting Oleh : Syazwani Binti Haji Mohd Kasim

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable