Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

BANTING - 18 OGOS 2014. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat telah melaksanakan program Perkhidmatan Latihan Sukan (PLS) Peringkat Daerah bermula pada Mei – September 2014 (4 bulan) di beberapa lokasi  iaitu PDK Rumah Sayangku Telok Panglima Garang (Sukan Bocee), SMK Sijangkang Jaya (Sukan Patangue) dan SMK Jugra (Badminton).

Objektif program ini adalah untuk mempromosikan dan mengembangkan aktiviti-aktiviti sukan paralimpik sehingga ke peringkat akar umbi, melahirkan lebih ramai bakat-bakat baru sukan paralimpik di peringkat daerah dan negeri disamping memberI latihan praktikal kepada atlet-atlet OKU yang baru bergiat dalam bidang sukan disamping memberi pendedahan kepada mereka kaedah dan teknik bermain sukan dengan cara yang betul.

Hari ini telah berlansung pertandingan akhir dan Majlis Penutupan Sukan Bocce di PDK Rumah Sayangku Teluk Panglima Garang. Majlis Penutup teleh disempurnakan oleh Puan Marshamira Binti Ahmad, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Sukan), mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat.  Turut hadir pada majlis itu En. Erwardy Soib, Penolong Pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Langat dan JKKKP Telok Panglima Garang serta Penyelia PDK Rumah Syurgaku Telok Panglima Garang.

 

Disediakan Oleh: Mastijah Binti Insuin (PBSD Kuala Langat)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

 

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable