Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 

SEKINCHAN, 4 Mei 2014 – Seramai 42 orang belia sekitar daerah Klang mengikuti Program  Kepimpinan Organisasi Tahap 1 Daerah Klang 2014 bertempat di Sekin Fisherman Hotel  And Resort, Sekinchan, Selangor.  Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang dengan kerjasama Majlis Belia Selangor Daerah Klang, MAYC Daerah Klang dan Sekolah Menengah Tengku Idris Shah.  

Pelbagai pengisian program seperti pembentukan kumpulan (LDK), pembentukan diri dan sahsiah, ceramah mengurus surat menyurat, sistem fail dan rekod, mesyuarat dan menyediakan minit, pengurusan projek dan tatacara pengurusan kewangan telah memberi input yang berkesan kepada peserta program yang rata-ratanya memberi komen positif sepanjang program berlangsung.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Puan Siti Norwinah Bt Narawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam dan turut dihadiri oleh Puan Nor Asiah Ab. Aziz selaku penyelaras program. Dalam ucapannya beliau berharap agar peserta program dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari dalam memimpin organisasi mereka untuk mencapai matlamat dan halatuju persatuan melalui platform yang disediakan oleh pihak PBSD Klang ini.

 

Disediakan Oleh : Normiza Binti Kadar Maidin (PBSD Klang)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

MAKLUMAN TERKINI

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

 

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable