Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 

 

 

KUALA SELANGOR, 24 Mei 2014 – Seramai lebih kurang 45 orang Sukarelawan Rakan Muda Daerah Klang telah mengikuti Program Jelajah Sukarelawan Rakan Muda Siri 2 Daerah Klang 2014 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang dengan kerjasama Persatuan Al-Solehah Sementa, Sekolah Menengah Tengku Idris Shah dan Rumah Warga Emas Bukit Belimbing, Kuala Selangor. 

Program yang berlangsung di Rumah Warga Emas Bukit Belimbing, Kuala Selangor bermula seawal jam 8.00 pagi itu telah diisi dengan pelbagai kegiatan dan aktiviti sukarelawan seperti khidmat komuniti, gotong-royong dengan membersihkan kawasan rumah, longkang-longkang, kandang kuda dan masjid serta kawasan sekitarnya.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Ustaz Yusri Bin Karim, pengasas  Rumah Warga Emas Bukit Belimbing, Kuala Selangor yang turut dihadiri oleh Puan Nor Asiah Binti Ab. Aziz selaku Pembantu Belia dan Sukan Daerah Klang. Selain daripada aktiviti sukarelawan, peserta program juga telah diberi pendedahan dengan program ceramah dan tazkirah serta solat berjemaah yang membentuk jatidiri islamik di kalangan mereka disamping kesedaran akan tanggungjawab terhadap warga emas khususnya.

 

 

Disediakan Oleh : Normiza Binti Kadar Maidin  ( PBSD Klang )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable