Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

TELOK GONG, 18 Mei 2014 – Program Jelajah Sukarelawan Rakan Muda Siri 1 Daerah Klang 2014 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang dengan kerjasama Majlis Belia Selangor Daerah Klang, MAYC Daerah Klang dan Kampung Baru Hamid Tuah Telok Gong telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan belia tempatan. 

Program bermula seawal jam 8.00 pagi itu telah diisi dengan pelbagai kegiatan dan aktiviti sukarelawan seperti khidmat komuniti, gotong-royong dan kerja sosial membersihkan kawasan sekitar kampong dan juga rumah warga emas.  

Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Nassaruddin Bin Dato’ Md Zin, Ketua UMNO Bahagian Klang yang turut dihadiri oleh En. Azrul Hafiz Bin Mohamad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang, En. Azmi Bin Chik selaku Penasihat MAYC Daerah Klang, Cik Nor Zakiah Bt Azmi selaku Pengerusi MAYC Daerah Klang dan En. Samad Bin Johari, Ketua Kampung Telok Gong. Dalam ucapannya, beliau berharap agar PBSD Klang akan sentiasa bekerjasama dengan persatuan bagi mengetengahkan inovasi dan kreativiti menerusi perancangan dan penglibatan belia dalam program atau aktiviti yang boleh menguntungkan Negara dan golongan belia itu sendiri.

  

 

Disediakan Oleh : Normiza Binti Kadar Maidin  ( PBSD Klang )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

MAKLUMAN TERKINI

Makluman  

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

MUAT TURUN

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable