Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

ZOO NEGARA HULU KLANG, 28 Mei 2014 – Seramai lebih kurang 70 orang peserta  program Jelajah Sukarelawan yang juga peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Badan Operasi Daerah Hulu Selangor telah bersama-sama dengan Sukarelawan Zoo Negara Malaysia menjayakan Program Jelajah Sukarelawan Siri 2 yang berlangsung di sana.

  

Program ini bertujuan memupuk minat generasi muda mendekati habitat flora dan fauna yang ada di dalam kawsan Zoo Negara. Peserta sukarelawan telah dibahagikan kepada 12 kumpulan bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh ketua fasilitator mereka dari kakitangan Zoo Negara.

  

Antara aktiviti dan tugas yang telah dilaksanakan dengan jayanya oleh peserta sukarelawan adalah membersihkan kandang haiwan mamalia seperti seladang, zirafah, gajah, harimau malaya dan badak sumbu. selain itu juga, mereka ditugaskan menyediakan makanan dan memberi makan kepada haiwan seperti buaya, ular, ikan, anjing laut dan burung. Ada juga kumpulan yang dikhaskan untuk memandikan singa laut sebelum dan selepas pertunjukkan kepada pengunjung Zoo Negara.

 

 

Majlis perasmian dan penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Tuan Mat Nadzari Ahmad Dahlan Yang Behormat ADUN Batang Kali yang meluangkan masa untuk hadir bersama-sama di Zoo Negara. 

 

Disediakan Oleh : Mohd Syazwan bin Abdul Rahman (PBSD Hulu Selangor)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

MAKLUMAN TERKINI

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

 

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable