Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

PETALING,13 JULAI 2014-Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Majlis Belia Selangor dan Majlis Belia daerah Petaling  telah menganjurkan Program Jelajah Imarah Ramadhan bertempat di Seksyen 4 Kota Damansara. Program  disertai seramai 40 orang peserta mewakili Majlis Belia Malaysia melaksanakan program Jelajah ke semua negeri di dalam Malaysia untuk bertemu dan beramah mesra dengan kepimpinan belia  di peringkat akar umbi di samping melaksanakan  aktiviti amal sempena bulan Ramadhan. Program ini diserikan dengan kehadiran Y.B Adun Kota Damasara ,Y.B Hajjah Halimaton Saadiah Binti Borhan dan wakil Majlis Belia Malaysia, Puan Wan Salwati dan kepimpinan Belia negeri lain yang turut sama menyertai program selama sebulan ini.Di dalam ucapan perasmian Y.B menegaskan bahawa kepimpinan belia di peringkat tertinggi haruslah sentiasa mengadakan perhubungan yang baik dengan kepimpinan belia di peringkat akar umbi demi menghasilkan gerak kerja yang mantap  dan kukuh yang boleh membantu pembangunan pemimpin pelapis belia pada masa akan datang.

 

 Disediakan Oleh : Faizul Rizal bin Mat Saat (PBSD Petaling) 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable