Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 

KLANG, 22 SEPTEMBER 2014 – Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai jenis kecacatan seperti pendengaran, kerusi roda, penglihatan, syndrome down dan akal telah mengikuti Program Inspire iTalent Daerah Klang 2014 di Kompleks Rakan Muda Daerah Klang anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang dengan kerjasama daripada Pejabat Pendidikan Daerah Klang, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Klang, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Klang, Geng Wisma Daerah Klang, PDK Klang Utara, PDK Klang Selatan dan Bengkel Daya Klang.

Program yang bertujuan untuk mencari bakat atlet OKU merupakan satu platform sukan untuk semua bagi golongan OKU menyertai aktiviti sukan dan rekreasi malahan turut mengumpul maklumat (data base) golongan OKU bersukan khususnya di daerah Klang. Para peserta menunjukkan motivasi yang tinggi dan begitu bersungguh-sungguh dalam melakukan bateri-bateri ujian yang telah ditetapkan oleh penguji terlatih di JBSN Selangor.

Majlis Perasmian program telah disempurnakan oleh En. Shahidon Hanafiah, Presiden PESRON Negeri Selangor. Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa bangga terhadap peserta dan juga agensi-agensi yang memberikan kerjasama dan menyokong road tour pasukan penguji italent di dalam Negeri Selangor dalam usaha persatuan untuk mencari bakat-bakat OKU untuk diserap menjadi atlit dibawah kelolaan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor serta persatuan sehingga akar umbi. Turut hadir dalam majlis itu, En. Mohd Hairudin Bin Mohd Nor, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Negeri Selangor, En. Ahmad Zaini Bin Bakar, PPD Pendidikan Khas PPD Klang dan Puan Fairuzatasya Bt Kamaruddin, Ketua Unit Pembangunan OKU, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Klang

Oleh : Normiza Binti Kadar Maidin  ( PBSD Klang )

 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

 

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable