Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 

 

SHAH ALAM – 29 OGOS 2014. Pada hari Jumaat yang lalu,  program bacaan yassin, majlis perpisahan dan potluck telah diadakan bertempat di ruang bacaan,  Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.  Program ini dimulakan dengan bacaan yassin di surau Jabatan yang melibatkan semua pegawai dan kakitangan dan  disusuli dengan majlis perpisahan bagi meraikan hari terakhir pelajar – pelajar daripada UNISEL yang menjalani latihan praktikal bermula pada bulan Mei hingga Ogos 2014.

 

Majlis perpisahan dimulakan dengan ucapan daripada setiap pelajar praktikal dan ucapan  penghargaan daripada Tuan Haji Makhruzi bin Haji Iksan selaku Pengarah JBS Selangor.  Dalam ucapan nya, beliau mengingatkan kepada semua hadirin yang hadir, bahawa melaksanakan kerja itu adalah ibadah dan ianya perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Beliau juga turut menyampaikan cenderahati kepada semua pelajar – pelajar tersebut.

 

Majlis diadakan secara santai dengan tujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara pegawai dan kakitangan serta diserikan dengan program potluck dimana setiap  pegawai dan kakitangan membawa juadah - juadah yang lazat secara perseorangan.

 

Disediakan Oleh : Syazwan Binti Mohd Kasim

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable