Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

GOMBAK, 15 April 2014- Peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas, Mohd Ikhsan bin Abdul Wahab telah membawa nama ARPRM ke Misi Bantuan Kemanusiaan di Cebu, Filipina. Beliau merupakan seorang sukarelawan yang aktif di dalam bidang sukarelawan dan bernaung di bawah Badan Operasi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak. Penglibatan beliau di dalam bidang ini selama tujuh ( 7 ) tahun bermula dari tahun 2007. Objektif Misi Bantuan Kemanusiaan ini ialah untuk membantu komuniti Islam yang kurang berkemampuan serta dilanda Taufan Haiyan baru- baru ini. Selain itu, misi ini dijalankan bagi membantu mereka dengan membaiki kerosakan di dalam masjid yang terlibat iaitu Masjid Cebu Madinah yang jaraknya ialah tiga ( 3 ) jam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Cebu. Beliau mewakili Majlis Belia Malaysia dan bergerak bersama- sama dengan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia seramai 42 orang kesemuanya. Program ini amat menarik perhatian rakyat di seluruh negara terutama di Malaysia khususnya yang tidak pernah ketinggalan memberi bantuan kemanusiaan kepada negara- negara yang dilanda bencana alam. Misi ini dijalankan selama sepuluh ( 10 ) hari dengan melibatkan aktiviti- aktiviti yang telah ditetapkan. Program ini juga mendapat sokongan daripada Datuk Mohd Alibin Rustam selaku Presiden Dunia Melayu Dunia Islam seterusnya merasmikan Program Perasmian Pusat Komuniti Islam di Cebu Madinah.

 

Oleh: Nul Widaya binti Mohamed Nawi (PBSD Gombak)

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable