SEPANG, 19 APRIL 2014Alhamdulillah,berkat kemukjizatan Al Quran, Pertandingan Tilawah AlQuran dan Pertandingan Kompang Formasi Peringkat Daerah Sepang berjalan dengan lancar dan sempurna dalam cuaca yang sangat baik. Program yang berlangsung di gelanggang  futsal 1 Malaysia Bukit Changgang telah mendapat sambutan dari penduduk di daerah Sepang.

Program yang dirasmikan oleh Y.Bhg Dato’ Dr. Karim Mansor telah dianjurkan bersama oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sepang, Majlis Belia Negeri Selangor Daerah Sepang dan  Persatuan Belia Bukit Changgang.

 Seramai lima orang qari dan tiga orang  qariah mengambil bahagian dalam pertandingan tilawah al-quran manakala dua pasukan kompang bersaing bagi kategori kompang formasi. Johan bagi kesemua kategori akan mewakili daerah Sepang pada Karnival Mesra Belia Jom Ke Putrajaya peringkat Negeri Selangor pada 25hb hingga 27hb April ini.

 

Oleh : Nurshafira Hamzah (PBSD Sepang)

 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

FaLang translation system by Faboba
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable