Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

Disediakan oleh:Nul Widaya binti Mohamed Nawi (PBSD Gombak)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 


Gombak, 1 Mac 2014 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak bersama dengan Majlis Belia Daerah Gombak telah mengadakan Persidangan Majlis Belia Daerah Gombak (MPBD) Gombak Siri 1/2014 bertempat di Perangsang Golf Club, Taman Templer, Gombak..Majlis Perundingan Belia Daerah Gombak ini dianggotai oleh agensi kerajaan, Majlis Belia Daerah serta pertubuhan belia dan anggota lantikan lain oleh Pengerusi Persidangan. Ianya berfungsi sebagai badan perunding dan nasihat dalam hal yang berkaitan dengan pembangunan belia peringkat daerah.

 

Persidangan ini dipengerusikan secara bersama oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gombak dengan Pengerusi Majlis Belia Daerah Gombak yang telah dihadiri seramai 45 orang yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan dan juga wakil daripada persatuan-persatuan belia dan sukan Daerah Gombak.

 

Pelbagai isu telah dibangkitkan di dalam persidangan ini yang merangkumi bidang ekonomi, sosial, kepimpinan, pendidikan, pengurusan,kemahiran, kebajikan dan program pertubuhan belia. Persidangan pada kali ini menyaksikan beberapa isu yang berkaitan dengan belia khususnya telah dibincang untuk memastikan belia-belia di Daerah Gombak dapat terus membangun dan mendapat perhatianbyang sewajarnya daripada pihak kerajaan.


Disunting oleh : Noor Azrina binti Aliman (JBSN Selangor)

 

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable