Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

PICC PUTRAJAYA - 15 Mei 2014.   Persatuan Belia Bandar Ampang Jaya PBBAJ, Negeri Selangor telah dinobatkan Naib Johan Anugerah Perdana Belia Negara 2014 bagi Kategori Pertubuhan Belia, Peringkat Kebangsaan.  Majlis penyampaian hadiah dan sijil telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia bersempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara 2014 peringkat Kebangsaan.  

 

Pemilihan persatuan ini dinilai daripada aspek pengurusan yang sistematik dalam persatuan, penglibatan ahli – ahli persatuan yang aktif serta dalam penganjuran aktiviti yang berterusan.   Pertubuhan ini juga berjaya menjana pendapatan ekonomi persatuan itu sendiri.   Persatuan Belia Bandar Ampang Jaya  telah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 15,000.00,  bantuan aktiviti persatuan sebanyak RM 5,000,00,  plak dan sijil penghargaan.  

 

Disediakan Oleh : Syazwani binti Haji Mohd Kasim (JBS Selangor)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable