Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

PERJUMPAAN DI ANTARA JBS SELANGOR DENGAN PERSATUAN BAGI PENGURUSAN  GELANGGANG FUTSAL DAERAH HULU LANGAT SESI 1/2014

Oleh : Suhaila binti Noordin  ( JBSN Selangor )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

HULU LANGAT  13 Februari 2014- Seramai 19 orang Penyelia Gelanggang Futsal mewakil  11 Gelanggang Futsal di Daerah Hulu Langat telah hadir  bagi Sesi Perjumapaan JBS Selangor bertempat di Bilik Bunga Raya, Kompleks Pentadbiran Daerah Hulu Langat, Bangi.

Tujuan perbincangan ini diadakan adalah bagi memantapkan lagi sistem pengurusan Gelanggang-gelanggang yang terdapat di Daerah Hulu Langat. Pelbagai aspek diutarakan sepanjang sesi perbincangan tersebut diadakan. Penekanan penting dalam perbincangan tersebut ialah kaedah meningkatkan sistem pengurusan ke arah yang lebih efisyen. Pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor juga menekankan supaya jumlah penggunaan dan kutipan dapat ditingkatkan. Perjumpaan tersebut menerima laporan tentang kerosakan –kerosakan yang dialami ke atas gelanggang.

Sejurus selepas  sesi perbincangan selesai, Tuan Haji Makhruzi bin Haji Iksan , Pengarah Selangor telah mengadakan Lawatan ke Gelanggang Futsal 1 Malaysia Taman Sri Jenaris, Kajang. Lawatan ini diiringi oleh wakil Penyelia Gelanggang Futsal 1 Malaysia Taman Sri Jenaris . Gelanggang ini merupakan gelanggang yang paling aktif dari segi penggunaan dan menarik belia-belia di kawasan sekitar.

Hadir sama, Penolong Pengarah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat dan wakil persatuan serta Pegawai-Pegawai Negeri dan Daerah

 

 

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable