Disediakan Oleh : Syazwani Binti Mohd Kasim (JBS Selangor)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

11 Mac 2014- Shah Alam. Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Mac 2014, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah diadakan dengan penglibatan  pegawai dan kakitangan daripada peringkat negeri dan daerah. 

Salah satu acara wajib bagi perhimpunan tersebut adalah Ucapan daripada Pengarah dan disusuli dengan Penyampaian Anugerah Khas Pekerja Terbaik Bulanan.  Penerima anugerah tersebut bagi  Bulan Januari adalah Puan Noormala binti Badri dan Encik Mohd Ridzuan bin Mohd Zin manakala bagi Bulan Februari adalah, Puan Fuziah binti Alias dan Encik Ridzuan bin Ali.  Semua penerima menerima sijil penghargaan dan wang saguhati bernilai RM 200. 00.  yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Tuan Haji Makhruzi bin Haji Iksan.    Penyampaian sumbangan khairat kematian daripada Kelab Kebajikan dan Sukan, juga turut disampaikan kepada kakitangan yang telah kehilangan ahli keluarga terdekat.

Pada perhimpunan kali ini juga,  Encik A. Raman bin Musbah  telah memberi tazkirah pendek  kepada semua pegawai dan kakitangan dengan tajuk sabar, dimana beliau menyarankan agar semua pegawai dan kakitangan sentiasa bersikap sabar dalam apa jua keadaan dan istiqamah dalam melaksanakannya. 

 

FaLang translation system by Faboba
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable