Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 

BANTING, 18 Mei 2014 – Kelab Belia Taman Banting Baru telah mengadakan Majlis Perasmian Gelanggang Futsal Taman Banting Baru serta turut diadakan Program Penghayatan 1Malaysia dan Persembahan Silambam bagi memeriahkan majlis tersebut.  

 

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Ybhg. Dato’ Hj. Sulaiman Bin Mohd. Karli, Pengerusi Majlis Pembangunan Luar Bandar (MPLB) Parliman Kuala Langat serta  turut hadir  Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat ,Puan Zuraidah Yusoff, Pengerusi JKKKP Sri Jugra merangkap Pengerusi Komuniti 1Malaysia, Tuan Hj. Zaman Bin Mat Zin, Setiausaha Kehormat Majlis Belia Daerah Kuala Langat, En. Shahrizan Bin Kamaruddin, Pegawai Jabatan Penerangan Daerah Kuala Langat, Pn. Tanggamal a/p Balasumdra dan Pengerusi Kelab Belia Taman Banting Baru,En. Muhamad Shahrul Waris Bin Mohamad Nor. 

 

Gelanggang ini akan diuruskan dan diselenggara sepenuhnya oleh Kelab Belia Taman Banting Baru dan dijangka kemudahan ini mampu menarik belia-belia Taman Banting Baru dan kawasan-kawasan sekitarnya untuk kekal aktif bersukan. Seramai lebih kurang 100 orang belia-belia dari pelbagai lapisan kaum Taman Banting Baru, Banting telah sama-sama hadir memeriahkan dan menyaksikan majlis perasmian itu.

 

 

Disediakan Oleh: Mastijah Binti Insuin (PBSD Kuala Langat)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable