Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

GOMBAK, 17 JUN 2014 - Program Rakan Muda Charity Peringkat Daerah Gombak 2014 telah dilaksanakan bermula bulan Jun 2014 sehingga Disember 2014. Program ini dilaksanakan dengan memberi sumbangan berbentuk kewangan, barangan atau makanan kepada Rumah- rumah Anak Yatim, Rumah Orang Tua atau Rumah - Rumah Amal yang terpilih terutamanya yang berada di Daerah Gombak. 

 

Objektif program ini adalah untuk membawa Rakan Muda mendekati insan- insan yang memerlukan bantuan, khidmat serta kasih sayang yang dapat disumbangkan kepada mereka secara langsung atau tidak langsung. Selain itu, melalui program ini dapat memberi kesedaran kepada ahli, - ahli Rakan Muda selain menjiwai perasaan kemanusiaan terhadap insan lain. 

 

Penyerahan sumbangan ini adalah yang pertama dilaksanakan di Pertubuhan Kebajikan Anak- Anak Yatim Al- Nasuha yang bertempat di No 15, Jalan 6B 3/ 3, Taman Gombak Permai, 68100 Batu Caves, Selangor. Program ini mendapat sambutan yang amat baik daripada Pengasas Pertubuhan ini iaitu Puan Umi yang setia menjadi insan penting di dalam menjaga kebajikan anak- anak seramai 67 orang yang menghuni sebanayak 2 buah rumah teres dua tingkat. Pertolongan insan seperti kita amat diperlukan bagi meringankan sedikit kesusahan di samping dapat membahagiakan mereka. 

 

Disediakan oleh: Nul  Widaya binti Mohamed Nawi

(PBSD Gombak)

 

 

 

MAKLUMAN TERKINI

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

 

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable