Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

SHAH ALAM, 8 SEPTEMBER  2014 – Pelancaran Fit Malaysia 2014 telah berjaya dilaksanakan pada 7 September 2014 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang melibatkan pelbagai aktiviti berkonsepkan kercergasan. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia

 

Program ini merupakan satu gerakan ke arah Negara bersukan dengan mengalakkan masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan yang memberi manfaat kepada kesihatan dan perpaduan. Program ini bakal dilaksanakan di seluruh negara termasuk Negeri Selangor pada November akan datang.

 

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang majlis pelancaran terrsebut antaranya Fun Run –KBS & TM, Seni Mempertahankan Diri , Aktivit Kecergasan, Cross Training, Parkour, Percussion, Sukan Lasak, Cabaran Kecergasan dan Cabutan Bertuah. Program ini  juga telah disertai dengan jayanya oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Tuan Haji Makhruzi bin Haji Iksan dalam acara Fun Run-KBS 5KM.

 

Secara khususnya, Program Fit Malaysia ini merupakan aktiviti yang mudah dipelajari, efektif, boleh dilakukan bersendirian atau berkumpulan dan tidak memerlukan masa serta kos yang tinggi mengikut kesesuaian aktiviti yang dijalankan. Program yang bakal menggegarkan belia-belia Selangor khususnya, bertujuan untuk menggalakkan setiap lapisan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat serta mempelajari kaedah-kaedah terkini untuk hidup cergas dan senantiasa kekal cergas.

 

Oleh: Suhaila binti Noordin (Unit Sukan)

 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

 

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable