Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

     AMPANG, 10 SEPTEMBER 2014 – Persatuan Belia Bandar Ampang Jaya (PBBAJ) yang dinobatkan sebagai Johan dalam Kategori Pesatuan/Kelab Belia sempena Anugerah Belia Perdana Peringkat Negeri Selangor 2014 dan tempat kedua Kategori Persatuan/Kelab Belia sempena Anugerah Belia Perdana Peringkat Kebangsaan telah mengambil inisiatif sendiri dan menerima sokongan dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat untuk mendaftar belia-belia sekitar Ampang sebagai pemilih Parlimen Belia Malaysia.

               

Lokasi rumah Pengerusi PBBAJ Encik Mohd Salleh bin Mokhtarodin  di Kampung Bukit Sungai Putih dijadikan tempat berlangsungnya pendaftaran pemilih Parlimen Belia Malaysia  setiap malam bermula 8 September 2014 lepas dan dijangka akan berteruskan sehingga 16 September 2014 memandangkan tarikh tersebut adalah tarikh terakhir pendaftaran pemilih.

               

PBBAJ juga akan mencalonkan salah seorang dari jawatankuasanya iaitu Saudara Muhd Ismail bin Alias sebagai Calon Parlimen Belia yang akan bertanding nanti. Beliau dipilih berdasarkan pengalaman beliau dalam politik dan kerja-kerja pembangunan belia di sekitar Ampang khususnya dan amnya di Daerah Hulu Langat serta negeri Selangor. Pendidikan tertinggi beliau adalah dalam Diploma Sains Politik dan sedang berkhidmat di KEMAS Selangor. Pada masa yang sama, beliau merupakan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Bukit Sungai Putih. Beliau diharap akan membawa suara-suara belia akar umbi  ke peringkat lebih tinggi sejajar dengan peranan belia dalam pembangunan negara Malaysia sekiranya berjaya dipilih sebagai Ahli Parlimen Belia Malaysia.

Disediakan oleh : Mohd Faizal bin Ismail

PBSD Hulu Langat

MAKLUMAN TERKINI

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

 

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable