Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

Disediakan Oleh: Freddy Anak Jombing (PBSD Sabak Bernam)

 

 

 

19 Mac 2014 - Sabak Bernam.   Persatuan Belia Erawana Taman Nirwana Indah, Sungai Besar telah dikunjungi oleh panel penilai  untuk Anugerah Belia Negara Kategori Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Selangor pada 19 Mac 2014 pukul 2.30 petang bertempat di Rumah Persatuan Belia Erawana Taman Nirwana Indah, Sungai Besar .

 

Panel penilai terdiri daripada Pn. Norizah Binti Ramli, Pegawai Pembangunan Zon Kuala Langat dan Klang, En. Andy Suriya Bin Hussin, Pegawai KEMAS Negeri Selangor, En. Azuan Bin Dato Mat Yassir, Majlis Belia Selangor dan En. Zawawi Bin Hashim dari Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Selangor.

 

Menurut Pn. Norizah, beliau berpuas hati dengan persiapan yang telah dilakukan persatuan ini dan beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada pengerusi persatuan, Dzulfadli Bin Abu Bakar. Walau bagaimanapun, keputusan hanya akan diketahui setelah habis semua persatuan di negeri Selangor dinilai.

 

Majlis penyampaian untuk Anugerah Belia Negara akan disampaikan di Hari Belia Peringkat Negeri Selangor yang dijangka akan diadakan di Bukit Changgang, Sepang pada penghujung April ini.

 

 

 

MAKLUMAN TERKINI

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

 

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable