Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

     25 SEPTEMBER 2014, SHAH ALAM - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bertempat di Ibu Pejabat Jabatan.  Perhimpunan ini melibatkan seluruh warga kerja Jabatan peringkat negeri dan daerah Negeri Selangor.  Salah satu agenda perhimpunan bulanan kali ini adalah meraikan pegawai – pegawai yang berpindah iaitu Tuan Haji Khairul Shahril bin Shahbudin, Puan Norazreen binti Sulaiman dan Encik Darul Aman bin Mohamad Yusob, turut diadakan majlis penyampaian AKPTB bagi bulan Jun, Julai dan Ogos 2014.

Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Haji Makhruzi bin Haji Iksan, selaku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.  Dalam ucapan nya, beliau mengingatkan sebagai penjawat awam, semua pegawai dan kakitangan perlu mempunyai niat ibadah dalam bekerja serta sentiasa mengamalkan 4 teras islam dalam kehidupan  iaitu, sentiasa menjaga solat, sabar, menafkahkan harta secara terang-terangan atau sembunyi serta menolak keburukan dengan kebaikan.

Majlis turut meraikan pegawai – pegawai yang baru sahaja mendapat cahaya mata pertama di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.  Hadiah dan cenderahati disampaikan oleh Tuan Pengarah diiringi oleh Setiausaha Kelab Kebajikan dan Sukan iaitu Puan Madekhah binti Mohamed Zam.

Disediakan Oleh : Syazwani Binti Mohd Kasim (JBS Selangor)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable