SHAH ALAM  - 8 JANUARI 2015.  Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah mengambil inisiatif untuk membantu mangsa-mangsa banjir dengan menganjurkan misi bantuan pasca banjir Pantai Timur  .  Objektif fasa pertama misi ini adalah untuk meninjau keperluan utama  yang  diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir khususnya ahli keluarga kakitangan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor yang terlibat dengan banjir di Pantai Timur.

Sebelum bertolak ke Kelantan, Tuan Haji Makhruzi bin Haji Iksan selaku Pengarah sempat memberi kata-kata semangat dan juga mengetuai bacaan doa bagi memohon keselamatan 6 orang pegawai yang terlibat di dalam misi banjir ini.

 

Jabatan ini juga telah mula membuat kutipan derma di bawah kelolaan Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor untuk disalurkan kepada tabung bencana banjir di peringkat Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

 

 

Disediakan Oleh : Syazwani Binti Mohd Kasim (JBS Selangor)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

FaLang translation system by Faboba
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable