Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

SABAK BERNAM, 3 MAC 2014 – Mesyuarat Penyelarasan Karnival Fiesta Mesra Belia Peringkat Daerah Sabak Bernam 2014 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat ADUN Sungai Panjang pada 1 April 2014 pada pukul 9.00 malam.

Mesyuarat ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dari semua ahli jawatankuasa yang dilantik mengenai tugas- tugas yang akan dilakukan pada hari karnival nanti. Ahli jawatankuasa adalah terdiri daripada ahli Majlis Belia Selangor Daerah Sabak Bernam.

Karnival ini akan dilangsungkan pada 5 dan 6 April 2014 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena, Sungai Besar. Diantara program yang akan dijangka mendapat sambutan yang menggalakkan ialah futsal lelaki. Selain itu,banyak aktiviti lain yang menarik akan diadakan pada Karnival sepanjang 2 hari ini. Agensi kerajaan turut dipanggil untuk membuka gerai pameran.

Sdr Mohamad Akhirizan bin Mohamed, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar telah mempengerusikan mesyuarat ini. Turut hadir ialah Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Sabak Bernam, Puan Siti Norwinah Binti Narawi.

 

Oleh: Freddy Anak Jombing (PBSD Sabak Bernam)

 

 

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable