Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

KLANG, 21 OGOS 2014 – Mesyuarat Pengurusan PBSD Klang Bil. 3/2014 telah dipengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang, En. Azrul Hafiz Bin Mohamad dan telah dihadiri oleh semua kakitangan pejabat bermula jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

                Dalam mesyuarat tersebut, En. Azrul Hafiz Bin Mohamad telah menyampaikan amanat daripada Tuan Pengarah JBSN Selangor mengenai sikap integriti yang perlu ada pada setiap pegawai dan kakitangan khususnya dalam kehadiran pejabat, cuti sakit palsu, kad perakam waktu dan beberapa perkara lain yang boleh melanggar etika sebagai penjawat awam.

Beberapa perkara telah dibincangkan merangkumi Laporan Hasil Kompleks yang terkini, hal-hal pentadbiran, laporan terkini setiap bahagian Belia, Sukan dan Rakan Muda. Pengerusi juga berharap agar bahagian teknikal dan pengurusan kompleks memainkan peranan yang lebih lagi memandangkan permintaan tempahan kompleks yang semakin tinggi kini. Dalam mesyuarat tersebut beliau juga telah merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan pejabat diatas kejayaan Karnival Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia Peringkat Daerah Klang 2014 pada bulan April yang lalu.

Oleh : Normiza Binti Kadar Maidin  (PBSD Klang)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable