Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

Oleh : Nurshafira Hamzah (PBSD Sepang)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

SEPANG, 3 MAC 2014 – Majlis Belia Selangor Daerah Sepang dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sepang telah melaksanakan program Majlis Perundingan Belia Daerah Sepang 2014 di Bilik Seminar 2, SIRIM Sepang.

Majlis perundingan pada kali ini yang dipengerusikan oleh Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Sepang, En. Mohd Ariffin Bin Mohd Razid,telah dihadiri seramai  80 orang perwakilan dari pelbagai persatuan di dalam daerah Sepang. Hadir sama pada majlis perundingan kali ini ialah Puan Hidayah Bt Mohd Yusof mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.

Pelbagai isu telah dibincangkan dan terdapat beberapa usul penting yang boleh diangkat ke Majlis Perundingan Belia Negeri kelak. Antaranya ialah isu mengenai lambakan graduan yang menganggur.  Majlis diakhiri dengan cabutan bertuah dan sesi bergambar.

 

 

 

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable