Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 

Disediakan Oleh : Freddy Anak Jombing ( PBSD Sabak Bernam)

 

6 Mac 2014- SABAK BERNAM: Majlis Perundingan Belia Daerah Sabak Bernam 2014 telah diadakan di Kelab Rekreasi Sabak Bernam anjuran bersama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sabak Bernam dan Majlis Belia Selangor Daerah Sabak Bernam.

 

Majlis Perundingan Belia ini bertujuan menjadi badan perundingan dan penasihat kepada belia untuk membincangkan masalah belia di dalam daerah dan seterusnya akan di bawa ke Majlis Perundingan Belia Peringkat Negeri dan Negara.

 

Taklimat disampaikan oleh panel yang dijemput iaitu Pegawai Perhubungan Awam dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam bertajuk ‘Jaringan Keselamatan Sosial’ dan YB Tn Budiman Bin Mohd Zohdi, ADUN Sungai Panjang bertajuk ‘Kesedaran Politik Di Kalangan Belia’.

 

Seramai 60 orang termasuk 6 agensi kerajaan yang berkaitan, ahli badan gabungan persatuan dan kelab belia serta Ketua Pemuda dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Sabak Bernam dan Sungai Besar telah dijemput untuk menjayakan majlis perundingan kali ini.Turut hadir ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam, Siti Norwinah Binti Narawi dan pemantau dari Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Selangor, Khairi Shah Bin Hj Mohd Ariffin.

 

Majlis dipengerusikan oleh Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Sabak Bernam, Abdul Samad Bin Dawood dan perasmian disempurnakan oleh Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Sabak Bernam, YB Tn. Hj Mohd Fasiah Bin Hj Mohd Fakeh.

 

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable