Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

BANTING, 17 DISEMBER 2014 – Kehangatan sorakkan para penyokong “Harimau Malaya” sempena perlawanan akhir Piala Suzuki AFF (Malaysia vs Thailand)pada 17 disember 2014 telah memeriahkan Program Ekspresi Anak Muda yang telah diadakan di Perkarangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat.

Dianggarkan seramai 230 orang pengunjung telah sama-sama menjayakan program ini. Sambil menonton perlawanan akhir yang di adakan di Thailand itu, para pengunjung telah disajikan dengan makan minum, BBQ dan beberapa acara sampingan seperti timbang bola, teka teki dan cabutan tiket bertuah yang merupakan tiket ke perlawanan Akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 disember 2014.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Puteri UMNO Kuala Langat, Pemuda UMNO Kuala Langat, SRCC Kuala Langat dan antara pemimpin yang hadir bersama pada program itu antaranya Ybhg. Dato Hj. Sulaiman Bin Mohd. Karli (Pengerusi Majlis Pembangunan Luar Bandar Parlimen Kuala Langat, Puan Hjh. Rozzana @ Ojane Hj. Kamarulzaman (Ketua Wanita UMNO Kuala Langat), Cik Asuma Bevi Mohd Saili (Ketua Puteri UMNO Kuala Langat), En. Hafez Bin Shuriddin, (Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Kuala Langat) dan En. Yazid Buang (Pengerusi MAYC Kawasan Kuala Langat).

Menurut Puan Zuraidah Yusoff, selain daripada memberikan sokongan kepada perjuangan Pasukan Malaysia sempena kejohanan itu, program ini juga diadakan bagi menghargai petugas-petugas yang telah memberikan komitmen serta sokongan padu sewaktu pelaksanaan Program Bakat Remaja Gaya Hidup Rakan Muda yang telah dilaksanakan pada 7 Disember yang lalu.

Disediakan Oleh: Mastijah Binti Insuin (PBSD Kuala Langat)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable