Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

SALAK TINGGI,12 OKTOBER 2014 –Seramai 30 orang telah menyertai Liga Sukan Untuk Semua Peringkat Daerah Sepang pada ahad lepas. Kategori perseorangan dan beregu ini  telah selesai dilaksanakan bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Kuarters KLIA, Sepang.

Johan bagi Kategori Perseorangan Lelaki, Encik Mohamad Nasrullah membawa pulang hadiah wang tunai RM300 dan Naib Johan, Encik Yusri Shamsudin  membawa pulang hadiah wang tunai RM200. Johan bagi Kategori Regu Lelaki membawa pulang wang tunai RM500 manakal Naib Johan,RM300 .

Penganjuran kejohanan seperti ini dapat memberi peluang kepada masyarakat tempatan untuk bersaing secara sihat yang sememangnya lebih baik. Persaingan yang hebat ini menjadikan sesuatu pertandingan lebih berkualiti sejajar dengan pengalaman yang diperoleh.

Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sepang, Encik Sofian bin Ismail.

 

 

Oleh : Nurshafira Hamzah (PBSD Sepang)

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable