Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

KLANG, 20 SEPTEMBER 2014 – Acara Ping Pong Individu dan Beregu membuka tirai bagi Kejohanan Liga Sukan Untuk Semua Daerah Klang 2014 dengan penyertaan sebanyak enam pasukan ping pong beregu dan tujuh perseorangan di Kompleks Rakan Muda Daerah Klang anjuran PBSD Klang dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Rantau Panjang, JPAM Daerah Klang dan Geng Wisma Daerah Klang.

Program yang bertujuan untuk mencari bakat dalam sukan ping pong untuk mewakili daerah Klang dalam kejohanan peringkat negeri pada pertengahan bulan November 2014 ini walaupun mencatatkan penyertaan yang minima namun bakat-bakat yang hadir amat memberangsangkan dan mempunyai kualiti serta skill tersendiri yang begitu menonjol.

Bagi kategori perseorangan Johan telah diungguli oleh saudara Mohd Rohaizad Bin Md Saad, Naib Johan saudara Abdul Nasir Bin Long, Tempat Ketiga dikongsi bersama oleh saudara Mohd Ridzuan Bin Mohd Zin dan saudara Ariffin Bin Abdullah. Bagi kategori beregu pula Johan dimenangi oleh pasukan TUDM Subang A, Naib Johan pasukan Tambak Jawa, Tempat Ketiga dikongsi bersama oleh pasukan Taman Klang Perdana A dan pasukan Bukit Raja dimana keseluruhan peserta merupakan anak jati Klang. Masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan sijil penyertaan. Majlis penyampaian hadiah dan sijil telah disempurnakan oleh En. Azrul Hafiz Bin Mohamad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang dan turut dihadiri oleh En. Zaihan Bin Ahmad Naim Timbalan Pengerusi GB4B Cawangan Rantau Panjang. Johan dan Naib Johan bagi setiap kategori akan mewakili Pejabat Belia dan Sukan daerah Klang di kejohanan LSUS Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor pada pertengahan November 2014.

Oleh : Normiza Binti Kadar Maidin  ( PBSD Klang )

 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable