Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 

KLANG, 20 SEPTEMBER 2014 – Sebanyak 20 pasukan sepak takraw lelaki serata daerah Klang menyertai Acara Sepak Takraw Lelaki bagi Kejohanan Liga Sukan Untuk Semua Daerah Klang 2014 anjuran PBSD Klang dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Klang, JKKP Kampung Tok Muda, Geng Wisma Daerah Klang dan Persatuan Sepak Takraw Negeri Selangor yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Daerah Klang.

Program yang bertujuan untuk mencari bakat dalam sukan sepak takraw untuk mewakili daerah Klang dalam kejohanan peringkat negeri pada pertengahan bulan November 2014 ini telah diungguli oleh pasukan MPK B yang telah menjadi Johan pertandingan. Naib Johan pula disandang oleh pasukan BOMBA A manakala Tempat Ketiga dikongsi bersama oleh BOMBA E dan MPK C. Masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan sijil penyertaan. Majlis penyampaian hadiah dan sijil telah disempurnakan oleh En. Mohd Hairudin Bin Mohd Nor, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang. Johan dan Naib Johan bagi setiap kategori akan mewakili Pejabat Belia dan Sukan daerah Klang di Kejohanan LSUS Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor pada pertengahan November 2014.

Oleh : Normiza Binti Kadar Maidin  ( PBSD Klang )

 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable