Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 

KLANG, 21 SEPTEMBER 2014 – Sebanyak 8 pasukan futsal wanita menyertai Acara Futsal Wanita bagi Kejohanan Liga Sukan Untuk Semua Daerah Klang 2014 anjuran PBSD Klang dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Klang, JKKP Kampung Tok Muda, Geng Wisma Daerah Klang dan Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor (FAS) yang berlangsung di Gelanggang Futsal 1 Malaysia Kampung Tok Muda.

Hujan lebat tidak mematahkan semangat pasukan untuk mewakili daerah Klang dalam kejohanan peringkat negeri pada pertengahan bulan November 2014 ini.  Majlis Penyampaian Hadiah dan sijil telah disempurnakan oleh En. Rahim Bin Serman, Ketua Penerangan Bahagian Kapar dan turut dihadiri oleh Haji Masfangi Bin Ahmad, Pengerusi JKKP Kampung Tok Muda. Acara ini diungguli oleh pasukan Vampire FC yang telah menjadi Johan pertandingan. Naib Johan pula disandang oleh pasukan Nadi Kota Raja manakala Tempat Ketiga dikongsi bersama oleh pasukan Da’Blitz dan Phoenix A. Masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan sijil penyertaan. Johan dan Naib Johan akan mewakili Pejabat Belia dan Sukan daerah Klang di Kejohanan LSUS Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor pada pertengahan November 2014.

Oleh : Normiza Binti Kadar Maidin  ( PBSD Klang )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable