Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 

KLANG, 20 SEPTEMBER 2014 – Hujan lebat tidak menghalang semangat 20 pasukan futsal lelaki dalam menyertai Acara Futsal Lelaki bagi Kejohanan Liga Sukan Untuk Semua Daerah Klang 2014 anjuran PBSD Klang dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Klang, JKKP Kampung Tok Muda, Geng Wisma Daerah Klang dan Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor (FAS) yang berlangsung di New Vision Futsal Centre Klang Utama.

Program yang bertujuan untuk mencari bakat dalam sukan futsal untuk mewakili daerah Klang dalam kejohanan peringkat negeri pada pertengahan bulan November 2014 telah dirasmikan oleh En. Rahim Bin Serman, Ketua Penerangan Bahagian Kapar dan turut dihadiri oleh En. Haizee Bin Mohd Salleh, Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Klang serta Haji Masfangi Bin Ahmad selaku Pengerusi JKKP Kampung Tok Muda.

Acara ini telah diungguli oleh pasukan RTG Bad Boys FC yang telah menjadi Johan pertandingan. Naib Johan pula oleh pasukan MN Ambush B manakala Tempat Ketiga dikongsi bersama oleh Marakash FC dan Junior Star. Masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan sijil penyertaan. Johan dan Naib Johan akan mewakili Pejabat Belia dan Sukan daerah Klang di Kejohanan LSUS Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor pada pertengahan November 2014.

Oleh : Normiza Binti Kadar Maidin  ( PBSD Klang )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable