Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

KLANG, 21 SEPTEMBER 2014 – Sebanyak 16 pasukan telah menyertai Acara Bola Sepak 9 Sebelah Lelaki bagi Kejohanan Liga Sukan Untuk Semua Daerah Klang 2014 anjuran PBSD Klang dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Klang, Geng Wisma Daerah Klang dan Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor (FAS) yang berlangsung di Padang Putra Kampung Bukit Kapar.

Kejohanan yang bertujuan untuk mencari bakat dalam Acara Bola Sepak 9 Sebelah bagi mewakili daerah Klang dalam Kejohanan LSUS Peringkat Negeri Selangor November ini telah diungguli oleh pasukan Tuan Rumah iaitu Bukit Kapar A sebagai Johan pertandingan. Naib Johan pula disandang oleh pasukan SSFC A manakala Tempat Ketiga dikongsi bersama oleh pasukan Taman Sri Cempaka B dan SSFC B. Masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan sijil penyertaan. Majlis Penyampaian Hadiah dan sijil telah disempurnakan oleh En. Mohd Najib bin Othman, Pengerusi Penyelaras Pemuda UMNO Dun Meru dan turut dihadiri oleh En. Mohd Efri Bin Yusak, Ketua UMNO Cawangan Bukit Kapar serta penyelaras program Puan Normiza Binti Kadar Maidin. Johan dan Naib Johan akan mewakili Pejabat Belia dan Sukan daerah Klang di Kejohanan LSUS Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor pada pertengahan November 2014.

Oleh : Normiza Binti Kadar Maidin  ( PBSD Klang )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable