Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 

 

 

 

KLANG, 21 SEPTEMBER 2014 – Sebanyak 12 pasukan bola jaring wanita serata Negeri Selangor menyertai Acara Bola Jaring Wanita bagi Kejohanan Liga Sukan Untuk Semua Daerah Klang 2014 anjuran PBSD Klang dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Klang, Geng Wisma Daerah Klang dan Persatuan Bola Jaring Negeri Selangor yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Daerah Klang.

Program yang bertujuan untuk mencari bakat dalam sukan bola jaring untuk mewakili daerah Klang dalam kejohanan peringkat negeri pada pertengahan bulan November 2014 ini telah dirasmikan oleh Puan Hanimasra Binti Marhani, Timbalan Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Klang dan turut dihadiri oleh penyelaras program Puan Normiza Binti Kadar Maidin. Acara ini diungguli oleh pasukan Main Je Lar (MJL) yang telah menjadi Johan pertandingan. Naib Johan pula disandang oleh pasukan IIUM B manakala Tempat Ketiga dikongsi bersama oleh KESURA dan KUIS. Masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan sijil penyertaan. Johan dan Naib Johan akan mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang di Kejohanan LSUS Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor pada pertengahan November 2014.

Oleh : Normiza Binti Kadar Maidin  ( PBSD Klang )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable